Proses Pembuatan
1. PROSES PENYEDIAAN BAHAN
Gambar-gambar di bawah mempamerkan proses pengumpulan, penghancuran, pengisaran, penapisan & pengadunan bahan-bahan mentah.








2. PROSES PENETAPAN
Gambar-gambar di kiri anda mempamerkan 'Column' yang dihasilkan oleh 'Extruder'. 'Column' tersebut dipotong oleh Wayar untuk menghasilkan batu-bata secara berasingan. Setelah Unit Batu-bata dihasilkan, mereka akan diangkat menggunakan tangan masuk ke atas jentera tanur untuk diproses.




3. PROSES PENGERINGAN
Sebelum memasuki tanur, batu-bata yang tidak dibakar atau hijau mesti betul-betul dikeringkan. Lembapan di dalam batu-bata haruslah terhad pada masa ini untuk menghalang kecacatan mekanikal tertentu apabila batu-bata di atas tanur yang panas. Proses pengeringan dibuat dengan meletakkan batu-bata hijau ke dalam mesin pengering yang mengunakan lebihan haba dari tanur pendinginan.




4. PROSES PEMBAKARAN
Batu-bata hijau bergerak melalui tanur yang panjang di atas rel. Terowong tanur yang berterusan menggunakan kombinasi draf tegak dan melintang. Pemanasan, pembakaran & penyejukan di dalam zon yang berbeza pada suhu sehingga 1000–1050 darjah Celsius.




5. PROSES PEMBUNGKUSAN
Selepas keluar dari tanur, batu-bata tersebut dibenarkan untuk sejuk sebelum pengendalian. Pengisihan yang sesuai dilakukan — batu-batu yang pecah, pintal, dan rosak secara mekanikal dibuang pada peringkat ini. Batu-bata dipantau secara cermat untuk memastikan produk berkualiti. Produk yang telah siap dibungkus menjadi kiub kira-kira 720 batu-bata dan diedarkan kepada para pelanggan.






HUBUNGI KAMI SEKARANG
Bersedia untuk membawa bisnes anda ke peringkat seterusnya? Agen jualan kami sedia membantu untuk sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran batu-bata kami.